Mengenai Saya

Foto saya
Batu Layar, Johor, Malaysia
Menyediakan perkhidmatan chalet untuk pengunjung yang berkunjung ke Batu Layar, Johor Darul Takzim, Malaysia dengan harga RM 100.00 sehari.

Jumaat, Mei 07, 2010

Malam Sebelum I Mei 2010

Tahun ini sambutan agak meriah di Batu Layar, sejak petang 30 April sudah ramai pengunjung yang datang berkunjung di sekitar chalet kami untuk berkelah bersama keluarga. Perjalanan saya juga ke Batu Layar agak berbeza kali ini, jika selalu hanya memakan masa 1 hingga 2 jam, tetapi kali ini hampir 4 jam baru saya sampai ke Batu Layar, kereta berbaris sepanjang jalan. Suasana malam juga agak meriah apabila ramai kumpulan remaja bermotorsikal berkunjung, tetapi kali ini agak berbeza juga, tiada lagi rempit-merempit di kalangan mereka, mungkin kerana kehadiran polis peronda yang meronda sekitar kawasan Batu Layar, dan yang pastinya sebilangan mereka berkumpul di tempat kami untuk berkaroke. Di sini saya hanya sempat mengambil sedikit gambar untuk tatapan pengunjung blog, tak cukup tangan melayan mereka yang ingin menghilangkan haus setelah penat berkaraoke.







Tiada ulasan: