Saya masukkan gambar sekitar Chalet pada I Mei 2010 yang lepas. Kami ada menyediakan aktiviti terbaru iaitu menyewa basikal. Seperti yang sedia maklum kami memang menyediakan penyewaan pelampung dengan kadar yang berpatutan.
Kami juga ada seorang penyewa yang menyewa tapak kami untuk menjual barangan cenderamata seperti di bawah.
Tahun ini sambutan agak meriah di Batu Layar, sejak petang 30 April sudah ramai pengunjung yang datang berkunjung di sekitar chalet kami untuk berkelah bersama keluarga. Perjalanan saya juga ke Batu Layar agak berbeza kali ini, jika selalu hanya memakan masa 1 hingga 2 jam, tetapi kali ini hampir 4 jam baru saya sampai ke Batu Layar, kereta berbaris sepanjang jalan. Suasana malam juga agak meriah apabila ramai kumpulan remaja bermotorsikal berkunjung, tetapi kali ini agak berbeza juga, tiada lagi rempit-merempit di kalangan mereka, mungkin kerana kehadiran polis peronda yang meronda sekitar kawasan Batu Layar, dan yang pastinya sebilangan mereka berkumpul di tempat kami untuk berkaroke. Di sini saya hanya sempat mengambil sedikit gambar untuk tatapan pengunjung blog, tak cukup tangan melayan mereka yang ingin menghilangkan haus setelah penat berkaraoke.
Untuk makluman pengunjung blog - jika tidak dapat menghubungi saya melalui YM atau blog ini, boleh ke facebook saya.... ada disediakan link (klik sahaja) atau skype saya Naslinda Nasir. Sebarang kesulitan amat saya kesali dan mohon maaf atas kekurangan yang berlaku.